Soffie Roslan

Honest Reviews & Training

4 Model Bisnes Yang Susah Nak Menang Apa-apa Geran Di Malaysia!

geran perniagaan bumiputera cover

Artikel “4 Model Bisnes Tak Mesra Geran” ini adalah berdasarkan pengalaman Tuan Wan Hairul Azzuan yang terlibat sebagai juri penilai untuk Program SUPERB anjuran TERAJU untuk tahun 2016 dan 2017.

Beliau diberi tanggungjawab untuk memberi penilaian kepada lebih daripada 1,000 idea perniagaan dan produk sepanjang dua siri program tersebut.

Berikut adalah hasil analisa beliau jenis model bisnes yang sukar untuk dapatkan geran perniagaan SUPERB.

Semoga mendapat manfaat!

MODEL 1: HANYA SATU PRODUK SEMATA-MATA

“Kami hanya menyediakan servis baiki paip jenis PVC sahaja, paip besi kami tak baiki”

“Saya boleh baiki computer sahaja, tapi spareparts computer kami takjual”.

Berikut merupakan jawapan yang diberikan oleh usahawan yang menggunakan model perniagaan ini.

Tiada pilihan produk yang ditawarkan kepada pelanggan. Malah tiada ‘product range’.

‘Take it or leave it’

Anda akan hilang ramai pelanggan disebabkan keadaan ini.

Juri penilai akan melihat produk anda tidak mempunyai strategi produk yang baik untuk kekal relevan di dalam pasaran.

Kos pemasaran untuk model perniagaan ini juga besar kerana anda hanya dapat mempromosikan satu produk sahaja.

MODEL 2: J-CURVE PRODUK

J-Curve bermaksud bisnes yang memerlukan modal yang sangat besar untuk memulakan perniagaan.

Ramai yang tidak bertahan lama di dalam pasaran disebabkan model perniagaan J-Curve.

Perniagaan yang menggunakan model J-Curve memerlukan modal yang besar pada fasa awal perniagaan sebelum meraih keuntungan.

Anda bernasib baik jika keuntungan boleh dicapai dalam tempoh yang singkat.

Tapi bagaimana sekiranya ia mengambil tempoh masa yang lama?

CONTOH 1:

Restoran, klinik dan apa jua brick & mortar bisnes.

Restoran memerlukan modal yang besar untuk renovation, peralatan memasak, gaji pekerja, deposit sewa dan sebagainya

MODEL 3: ONE-STOP CENTRE

Model perniagaan one-stop centre adalah yang paling ramai memohon geran perniagaan SUPERB.

Mereka menawarkan pelbagai jenis produk sehingga pelanggan keliru tentang produk utama mereka.

Anda perlu mengawal dua pihak iaitu sellers dan buyers.

Anda juga memerlukan sangat ramai tenaga kerja untuk menggerakan bisnes anda.

Developer, Business Development, Call Center dan pelbagai lagi keperluan tenaga kerja diperlukan.

MODEL 4: BROKERAGE MODEL

UBER for X merupakan contoh paling popular untuk brokerage model di mana anda membina platform yang menjual servis atau produk orang lain.

Risiko utama adalah dipanggil platform leakage.

Jika anda membuat carian google, anda akan lihat betapa banyak sekali startup yang ‘bungkus’ disebabkan masalah ini.

Untuk kali pertama, pelanggan akan menggunakan platfom anda produk A.

Untuk kali kedua, pelanggan berhubung terus dengan penjual produk A tanpa melalui platform anda.

Harga pun lebih murah.

Anda tiada control kepada platform anda. Buyer datang dan pergi. Begitu juga dengan seller.

KESIMPULAN

Perkara paling penting untuk juri penilai adalah mengenalpasti sama ada produk anda boleh menjana keuntungan dan bersaing di dalam pasaran.

Produk yang sexy tidak memberi jaminan bahawa anda akan menjana keuntungan.

Produk yang baik melalui proses validasi dan mempunyai strategi produk yang bagus.

Saya juga menyediakan ebook panduan lengkap untuk anda membuat persediaan menghadapi Teraju SUPERB pada tahun ini.

geran perniagaan bumiputera ebook cover

Satu-satunya panduan lengkap yang ditulis sendiri oleh pemenang & juri penilai Program TERAJU SUPERB

Dapatkan panduan anda di sini