Soffie Roslan

Honest Reviews & Training

Bagaimana Cara Kuasai 5KM-10KM Kawasan Perniagaan Kita

Strategi Fb Ads Untuk Perniagaan Fizikal Setempat Cover

Mimpi seram untuk peniaga yang mempunyai kedai fizikal ialah bila tiada orang yang datang berkunjung ke kedai untuk jangka masa yang lama. Lebih teruk lagi kalau kedai sudah dibuka bertahun-tahun tapi orang masih tak tahu tentang kewujudan kedai kita.

Sekali sekala, kita tanya penduduk di sekitar sama ada mereka tahu nama dan lokasi kedai kita. Jika mereka masih belum tahu tentang kewujudan bisnes kita, ini bermakna kita masih belum menjalankan kempen pemasaran dengan betul.

Nak tahu sama ada kempen pemasaran kita berkesan ialah bila kita sebut nama kedai sahaja, mereka sudah tahu apa kedai tu jual. Sepertimana bila kita sebut Colgate, kita sudah tahu ianya adalah jenama untuk ubat gigi.

Ini langkah mudah yang anda boleh buat untuk kuasai 5km – 10km kawasan perniagaan.

1. Pasang bunting di setiap simpang besar dan kawasan pasar.

Print bunting bersaiz 2 kaki x 5 kaki @ 2 kaki x 6 kaki. Tidak perlu letakkan detail terlalu banyak dalam bunting kerana pemandu tiada masa untuk membacanya. Pasang di setiap simpang yang ada dan kawasan pasar. Tempat-tempat ini menerima trafik yang tinggi daripada penduduk sekitar.

Pasang bunting 2 – 4 kaki dari aras tanah bergantung kepada keadaan jalan. Tak perlu pasang terlalu tinggi. Cukup sekadar mata dapat melihatnya. Pastikan anda pasang dengan lesen. Jangan pasang secara haram. Tak sampai 2 hari dah kena buka.

Strategi Fb Ads Untuk Perniagaan Fizikal Setempat Pasang Banner

2. Run Facebook Ads.

Run Facebook Ads secara rawak dahulu dan buat pin point 10km dari kedai. Kos pemasaran Facebook Ads adalah murah dan kita boleh mengira keberkesanan kempen.

Iklan dapat dihantar kepada orang ramai dengan lebih cepat. Ia seolah-olah kita menghantar flyers kepada orang ramai. Kita tidak perlu invest masa yang banyak. Cukup dengan satu klik sahaja.

Klik sini jika anda ingin belajar buat Facebook Ads untuk bisnes setempat.

Strategi Fb Ads Untuk Perniagaan Fizikal Setempat Cover Facebook Ads

3. Buat website dan letakkan kupon.

Apabila kita ada website, kita mempunyai online presence. Website boleh diakses 24 jam tanpa dikendalikan staff. Dalam website, kita letakkan kupon atau offer untuk orang yang datang ke kedai kita.

Dengan cara ini, kita boleh track sama ada mereka yang pergi ke website, berkunjung ke kedai kita.

Untuk kos buat website hanya dalam RM100 untuk domain dan hosting.

Klik sini jika anda ingin belajar buat website dengan teknik mudah.

Strategi Fb Ads Untuk Perniagaan Fizikal Setempat Website

Kredit kepada dominos.com.my

4. Lakukan secara istiqamah.

Sebenarnya kita perlu membuat kempen pemasaran sepanjang tahun. Untuk menjadikan kedai kita dikenali, memang kita perlukan penduduk di sekitar untuk lihat iklan tentang kedai kita berkali-kali.

Company besar seperti Milo sampai hari ni masih menayangkan iklan mereka di TV dan billboard.

5. Tunggu sahaja.

Tunggu sahaja bila orang kawasan anda kenal dengan bisnes anda. Insya Allah, bila mereka sebut nama kedai kita, mereka sudah tahu apa yang kita jual.

KESIMPULAN

Pada masa ini mungkin kos pemasaran akan menjadi semakin rendah. Tahun pertama mungkin apabila kita spend RM5000 untuk pemasaran akan menghasil jualan RM20000. Tahun kedua mungkin walaupun kita spend separuh iaitu RM2500 akan menghasilkan jualan yang sama.

Anda perlu mula gunakan FB Ads untuk tarik lebih ramai pelanggan datang ke kedai anda!

Tetapi bagaimana nak setup FB Ads yang betul-betul mampu mendapatkan lebih ramai pelanggan?

  • Perlukan Strategi – Anda perlukan strategi yang berkesan untuk buat FB Ads. Jangan main hentam je.
  • Copywriting Simple Tapi Padu – Anda perlu buat direct response copywriting untuk pastikan prospek dapat memberi respon kepada iklan.
  • Interest Yang Sesuai – Anda perlu pilih interest yang betul supaya iklan dihantar tepat ke sasaran.

Ianya tak susah. Iffat Salleh dah pun cover semua tu dalam course terbaru beliau.

Strategi Fb Ads Untuk Perniagaan Fizikal Setempat ecover

icon fb  Strategi FB Ads Yang Terbukti Berkesan Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelanggan

icon fb  Dibuat Khas Untuk Anda Yang Tiada Kemahiran Teknikal FB ads

icon fb  Step By Step Yang Mudah Diikuti

icon fb  10 Video Tutorial Berdurasi 1 Jam Sahaja Keseluruhan

icon fb  Dalam Bahasa Melayu & Mudah Difahami Oleh Semua Peringkat Umur

Ingin belajar bagaimana untuk membuat Facebook Ads untuk bisnes setempat?

Anda boleh dapatkan panduan berikut dengan klik button di bawah ini