Soffie Roslan

Honest Reviews & Training

IM Lejen – Masterclass Untuk Usahawan Online Malaysia!

im lejen cover

Hai! Dah lama tak dengar cerita team Shopievo lancarkan produk baru untuk bantu tingkatkan ilmu dan kemahiran usahawan online kat Malaysia ni kan? Kemungkinan anda pun baru jer kenal dengan nama ‘Shopievo’ melalui penulisan yang anda tengah baca ni.

Team rakan kami, Shopievo pernah ‘kejutkan’ industri bisnes online Malaysia pada awal tahun 2016 melalui video panduan Shopievo 1.0 untuk bangkit menjual produk fizikal secara dropship ke pasaran luar negara seperti United State dan United Kingdom melalui kedai online e-Commerce.

Kami jugak dah bantu lebih daripada 2,500 usahawan online Malaysia jadi ‘bijak e-Commerce’ menjual produk fizikal dalam pasaran tempatan melalui kedai online e-Commerce pada akhir tahun 2017 melalui video panduan Shopievo 2.0.

Dan tahun ni, pada tarikh 26 Ogos 2019…kami berganding bahu dengan Rashvin Singh iaitu seorang marketer yang bergerak solo sebelum ini, akan lancarkan produk baru yang pasti akan bantu tingkatkan lagi ilmu dan kemahiran usahawan online kat Malaysia ni iaitu IM Lejen!

IM Lejen! – Masterclass Untuk Usahawan Online Malaysia!

Suka untuk saya gunakan perkataan ‘Masterclass’ untuk terangkan pada anda apa itu IM Lejen. Cukup untuk buat kita faham ia adalah satu ‘kelas online’ dari beberapa orang lejen yang ‘master’ dalam selok belok industri bisnes online kat Malaysia dan merupakan satu komuniti besar untuk usahawan online Malaysia.

Kenapa IM Lejen Ni Memang Untuk Anda?

Tak kira sama ada anda usahawan produk fizikal, digital mahupun penyedia servis dan perkhidmatan, selagi anda bermotivasi nak mula bangunkan bisnes serta kembangkan secara STABIL, KUKUH & meng UNTUNGKAN melalui online, IM Lejen memang untuk anda!

IM Lejen mengumpulkan video tutorial lengkap pembangunan sesebuah bisnes online, sesi bulanan webinar & FB Live, tool & software, group coaching dan mastermind dalam satu tempat dan bakal jadi sumber rujukan ‘one-stop-centre’ utama anda dalam industri bisnes online!

Melalui langganan keahlian IM Lejen , anda dapat tengok dan praktikkan video-video tutorial daripada Fasa Pembangunan, Fasa Perkembangan sampailah ke Fasa Kestabilan dalam bisnes online.

10 Manfaat Untuk Ahli IM Lejen

#1 - Video tutorial lengkap pembangunan sesebuah bisnes online

  • Kami sediakan video training & tutorial bisnes online untuk anda ikut melalui 3 Fasa Utama dalam IM LEJEN.
  • Video-video ini disediakan supaya anda dapat mulakan terus perjalanan membangun dan mengembangkan bisnes online setelah sertai membership IM Lejen

#2 - FB Group Support & Channel Telegram

  • Setiap panduan atau komuniti bisnes online tak akan lengkap tanpa group support terutamanya FB group.
  • Disinilah tempat anda bertanya soalan dan berbincang bersama usahawan online yang lain dalam IM Lejen.

#3 - Daripada beberapa tool, software, dan tutorial yang team kami akan lancarkan dan jual pada umum sepanjang tahun, ahli IM Lejen akan terima akses produk secara percuma! ( Hanya produk-produk terpilih sahaja )!

  • Anda akan diberikan akses kepada tool, software, dan tutorial pilihan kami secara PERCUMA. Selain tu, ada juga yang berbayar tapi semestinya anda akan dapat harga diskaun khusus untuk ahli IM Lejen.

#4 - Tool, software, tutorial dan case study tambahan dalam bidang digital marketing daripada master-master (sifu-sifu) dalam bisnes online yang lain!

  • Ternyata setiap orang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang berbeza. Menjadi tanggungjawab kami untuk hubungkan anda dengan sifu-sifu bisnes online Malaysia yang lain!

#5 - Sesi Webinar atau FB Live bersama sifu-sifu dalam bidang kepakaran bisnes online masing-masing!

  • Kami akan jemput pakar-pakar IM untuk di interview & sharing dalam usaha bantu anda realisasikan impian bisnes online anda.

#6 - Sesi Webinar atau FB Live dari Tuan Wazeen Azizan dan Tuan Rashvin yang exclusive untuk ahli-ahli IM Lejen sahaja.

  • Kami akan kongsikan ilmu-ilmu IM terbaru & advance melalui webinar atau FB Live bulanan (1 atau 2 kali sebulan) terutamanya dalam topik pemasaran dan jualan mengikut trend semasa supaya anda kekal berada di depan berbanding pesaing anda di luar sana.
  • Contoh: cara buat kempen FB ads/ Google Ads/ Pinterest Ads dan banyak lagi.
  • Jangan risau, setiap live yang diadakan sentiasa di rakam untuk anda ulang tayang sebagai ulang kaji.

#7 - Deal Of The month (Diskaun/ tawaran) untuk produk-produk dari sifu-sifu bisnes online yang lain.

  • Anda akan diberikan harga diskaun ahli IM Lejen untuk produk yang kami dan pemilik lain lancarkan pada umum.

#8 - Sesi ‘Hotseat & Mastermind’ tahunan

  • Rashvin akan rakam video secara santai pada setiap minggu mengenai motivasi, financial planning dan pelbagai lagi!

#9 - Sesi video ‘Weekly Motivation’ daripada Tuan Rashvin.

  • Sesi Hotseat & Mastermind ini akan diadakan setahun sekali. Kebiasaannya akan diadakan di tempat peranginan sama ada dalam ataupun luar negara.

#10 - Peluang untuk jana pendapatan pasif melalui keahlian IM Lejen!

  • Anda akan belajar cara nak jana pendapatan pasif melalui membership IM Lejen ini. Buat kerja sekali, tapi hasil berkali-kali. Anda boleh buat secara part time atau pun full time.
im lejen maskot
KESIMPULAN

Melalui keahlian IM Lejen, anda dapat mulakan perjalanan anda sebagai usahawan online yang menggunakan teknik dan strategi lejen dengan hanya follow video-video panduan yang kami sediakan kat dalam ruangan akaun membership IM LEJEN anda!

Anda jugak diberikan akses ke ruangan tool & software yang anda boleh gunakan secara PERCUMA selagi anda kekal menjadi ahli IM LEJEN setiap bulan!

Selain tu, bersedia untuk join sesi Live Webinar bulanan bersama kami untuk kami kongsikan strategi, teknik dan ilmu terkini berkaitan dengan internet marketing yang boleh bantu bisnes online anda jadi lebih kukuh dan stabil.

Kami harap anda suka dengan komuniti IM LEJEN dan kekal aktif bersama kami dan ahli-ahli lain supaya impian anda tercapai dengan cepat melalui ilmu-ilmu yang dikongsikan dalam IM LEJEN. Kami yakin, ini adalah PELABURAN ILMU paling berbaloi yang pernah anda join seumur hidup anda.

KLIK butang kat bawah ni dan selamat datang ke IM LEJEN, Masterclass Untuk Usahawan Online Malaysia!