Soffie Roslan

Honest Reviews & Training

Panduan Step-by-step Buat Website E-commerce (Updated 2020)

Panduan Step by step Buat Website E-commerce

Saya mula buat bisnes online sejak 2014. Tapi nak tahu bila saya mula buat website e-commerce untuk bisnes saya?

2 tahun selepas itu. Iaitu pada tahun 2016.

Lambat kan?

Nak tahu kenapa lambat?

Sebab saya tak mahir sangat buat website. Setakat website statik tu boleh lagi. Tapi kalau minta buat website e-commerce, memang malas sangat nak buat. Haha.

Pernah cuba, rasa macam leceh. Nak buat benda simple pun ambil masa berjam untuk explore dan cari info sana sini.

Macam itulah kisahnya, sampailah pada tahun 2017, saya mula diperkenalkan pada platform Shopify untuk buat website e-commerce.

Sekali pakai terus jatuh cinta. Sebab mudah sangat. Tak sampai 1 jam dah siap satu web e-commerce yang professional dan fully functional.

Oleh sebab itu, kalau anda newbie macam saya, anda boleh cuba guna Shopify untuk buat website e-commerce sendiri, lepas baca panduan dalam artikel ini.

Dah ready nak belajar? Cun! Jom kita mulakan.

Langkah 1 : Daftar Akaun Shopify Sebagai Platform Untuk Buat Website E-commerce

First sekali anda pergi daftar akaun percuma 14 hari dari Shopify. Boleh klik gambar dibawah.

Daftar akaun percuma 14 hari dengan Shopify

Nanti lepas dah klik, anda akan nampak paparan seperti dalam gambar dibawah.

Homepage Shopify

Klik butang START TRIAL, dan paparan berikutnya akan muncul. Isikan details yang diminta oleh mereka.

Untuk nama kedai, isi je apa-apa nama. Nanti kita boleh edit semula nama kedai.

Lepas dah isi, anda akan ditanya beberapa soalan. Jawab saja apa-apa. Takde beza pun. Dan lepas siap, klik Next.

Paparan seterusnya, anda akan diminta isi details bisnes anda.

Sila isi dengan betul kali ini. Sebab details ini akan digunakan ditempat lain dan akan terpapar dalam website nanti.

Dah siap, pergi ke next step, dan tunggu beberapa saat untuk Shopify buat website e-commerce anda.

Bila dah siap anda akan nampak paparan ‘dashboard’ seperti dibawah.

Tahniah! Sekarang anda dah ada kedai online Shopify anda sendiri.

Senang kan nak buat website e-commerce?

Tapi nanti dulu, ada beberapa lagi langkah penting. Teruskan follow artikel ni.

Langkah 2 : Masukkan Produk Ke Dalam Website E-commerce Anda

Selepas anda dah berjaya daftar akaun dengan mereka, dalam dashboard anda ada dipaparkan langkah pertama yang anda perlu buat selepas daftar, iaitu ADD PRODUCT.

Untuk masukkan product, just klik butang ‘add product’ dan anda akan dibawa ke paparan berikut.

product page 1

Product Page Shopify

Dalam halaman tersebut, anda masukkan details yang diperlukan seperti nama produk, info produk, harga, gambar dan kategori.

Setkan semuanya dengan betul supaya semua fungsi e-commerce dapat berjalan dengan lancar kelak.

Selepas semuanya telah diisi, klik butang SAVE. Itu saja.

Jika anda buat dropship dari AliExpress, anda boleh install Oberlo App dalam Shopify Marketplace.

Annotation oberlo

Oberlo boleh bantu anda mudahkan urusan fulfillment produk dari AliExpress

Apps ini boleh bantu anda untuk import segala info tentang produk anda.

Ia juga akan linkkan kedai Shopify anda dengan supplier AliExpress anda.

Supaya apabila order masuk, anda boleh lakukan order secara automatik terus kepada mereka.

Tak perlu copy paste dan submit satu-satu.

Mudah bukan?

Langkah 3 : Pilih Theme Kedai Shopify Anda

Shopify ada sediakan banyak theme yang cantik-cantik untuk anda guna. Ada yang percuma, dan ada yang berbayar.

Theme adalah template design untuk kedai Shopify anda. So tak perlu nak buat coding apa semua. Mereka dah buatkan.

Untuk newbie, saya sarankan anda pakai yang free cukup. Sebab ramai je saya tengok buat juta-juta sebulan walaupun pakai theme free.

Kalau nak tukar theme yang lebih canggih boleh, tapi cadangan saya, tunggu sampai anda betul-betul dah buat duit nanti.

So untuk install theme senang je.

Klik butang Customize Theme. Dan lepas tu boleh tengok theme yang free dalam Theme Library.

theme section

By default, Shopify akan install siap-siap theme DEBUT untuk anda guna.

Anda boleh guna dulu yang itu untuk belajar dan biasakan dengan theme tersebut. Anda juga boleh edit theme tersebut.

Untuk edit boleh klik Customize, dan anda akan nampak paparan dibawah:

theme section 2

Disebelah kiri ada blok atau section yang anda boleh tambah atau buang ikut suka anda.

So, feel free to explore. Klik klik je siap.

Bila dah puashati, klik SAVE.

Langkah 4 : Daftar Domain Website E-commerce Anda

Untuk buat website e-commerce anda nampak professional dan nampak meyakinkan, anda kena ada domain sendiri.

Kalau anda tak tahu apa itu domain, domain ini dalam bahasa mudahnya adalah ‘alamat’ kedai online anda.

Macam blog saya, domainnya adalah DropshipKartel.com. Anda boleh pilih saja nama apa nak asalkan anda pakai nama domain ýang diakhiri dengan .com

Dan satu lagi tips, kalau nak pilih nama domain, pastikan nama domain tersebut available di semua tempat termasuk di media sosial.

Tujuannya adalah supaya ada ‘brand consistency’ untuk bisnes online anda.

Brand consistency penting jika anda nak pergi jauh dan sustainable.

Cara untuk semak sama ada nama yang anda pilih masih available atau tidak, anda boleh ke website KnowEm.com

Annotation Knowem

Saya selalu akan gunakan KnowEm untuk check availability nama brand yang saya nak di internet.

Website tersebut akan bantu anda semak nama yang anda pilih disemua tempat, termasuk sosial media.

Kebiasannya, saya akan pilih sesuatu nama itu, jika ia masih available untuk platform besar berikut:

  • Google
  • Facebook
  • Youtube
  • Twitter
  • Instagram
  • Tumblr

Jika semua platform diatas masih available untuk nama brand atau domain anda, anda boleh daftar nama tersebut secepat mungkin.

Ada banyak tempat boleh daftar, salah satunya adalah NameCheap.

Tapi jika anda guna NameCheap, ada beberapa langkah tambahan anda perlu buat untuk linkkan dengan kedai Shopify anda.

Kalau nak mudah, daftar je terus dengan Shopify.

Caranya adalah pergi ke ADD DOMAIN.

install domain shopify

Dan klik register domain. Dan isi nama yang anda nak, dan bayar guna kredit atau debit card.

Dalam masa tak sampai 24 jam, kedai anda akan live dengan domain baru.

Senang kan?

Langkah 5 : Install FB Pixel Dalam Website E-commerce Anda

Sebelum anda boleh mulakan marketing di FB, anda perlu install FB Pixel dalam kedai anda.

FB Pixel adalah sejenis kod yang ‘ditanam’ dalam website e-commerce, dan berfungsi untuk track behaviour pengguna FB yang masuk kedai anda.

Biasa kalau anda buat website sendiri, anda perlu copy dan paste code tersebut secara manual.

Tapi dengan Shopify tak perlu.

Dalam Shopify anda hanya perlu ‘copy and paste’ nombor ID pixel anda dan letakkan pada ruangan yang disediakan dalam dashboard Shopify anda.

Cara untuk dapatkan nombor ID dan install pixel tersebut mudah je.

  • Pergi ke menu FB Business Manager anda
  • Pergi ke option Pixel
option pixel
  • Klik Add New Data Source
add new source
  • Pilih Facebook Pixel
  • Namakan Pixel Anda dan Masukkan URL kedai anda. Klik Create.
create new fb pixel
  • Pilih Set Up the pixel now
  • Pilih Connect a partner platform. Dan Pilih Shopify.
install fb pixel

Lepas tu ikut saja arahan seterusnya diberikan oleh Facebook.

Tips: Untuk semak sama ada pixel anda sudah dipasang atau belum, anda boleh install Google Chrome Extension yang dipanggil FB Pixel Helper.

Jika ada anda menerima paparan seperti dibawah, maknanya FB Pixel anda dah dipasang dengan betul.

fb pixel helper

Langkah 6 : Upload Product Feed Catalog Dalam Facebook Business Manager

Anda pernah tak masuk Lazada ke atau Shopee, dan lepas tu anda nampak iklan FB bagi produk yang anda tengok tadi muncul pada timeline FB anda?

Itu namanya iklan retargetting. Iklan retargetting ini special sikit kerana ia menggunakan Dynamic Product Ads.

Bagi anda tak tahu apa itu Dynamic Product Ads biar saya explain sikit.

Dynamic Product Ads ini adalah jenis iklan yang berubah-ubah mengikut apa produk yang pelawat tengok dalam kedai anda.

Contoh dalam kedai anda ada 1000 jenis produk, anda tak kan mampu buat 1000 jenis iklan serentak untuk semua produk. Betul?

Disinilah perlunya guna Dynamic Product Ads.

Sebab jika pelawat kedai anda tengok produk A, iklan FB yang akan ditunjukkan hanyalah produk A sahaja kepada pelawat tersebut.

facebook product ads

Faham setakat ni?

So macam mana nak buat?

Caranya, anda perlu upload product feed kedai anda dalam catalog FB Business Manager, dan synckan ia bersama FB Pixel anda.

Ada banyak cara untuk upload product feed tersebut, tapi sebab anda guna Shopify, saya beri cara paling mudah.

Apa perlu anda buat adalah pergi Shopify Apps Store, dan install Facebook Marketing Apps.

Facebook Marketing Apps

Ikut sahaja arahan apps tersebut untuk linkkan page FB, akaun ads dan pixel anda.

Dan anda juga perlu agree dengan Terms and Conditions FB disitu, dan enable Advanced Matching.

Lepas tu, biar dalam beberapa minit untuk Facebook publish semua product anda dalam Catalog FB Business Manager.

Kalau semuanya okay, anda akan dapat paparan notification seperti gambar dibawah.

Terms and Conditions

Langkah 7 : Linkkan Payment Provider Dalam Kedai Shopify Anda

Bagi membolehkan pelanggan buat bayaran, anda perlu setup payment provider atau payment gateway anda.

Untuk jual produk di pasaran tempatan, saya rekomen anda guna Billplz.

billplz shopify

Sebab ia mudah untuk apply, dan yuran transaksinya lebih murah.

Tapi kalau anda nak jual barang di pasaran luar, anda boleh gunakan PayPal atau Stripe.

Bagi panduan kali ini saya akan tunjukkan cara install payment gateway menggunakan Billplz. Ikut langkah dibawah.

  • Apply akaun Billplz .
  • Lepas dah dapat akaun, anda perlu pergi ke bahagian setting
billplz setting
  • Terus pergi ke Shopify Integration
billplz integration
  • Klik butang Copy Shopify URL, dan buka di browser anda.
  • Selepas login kedai Shopify anda, akan keluar paparan seperti dibawah. Klik Install atau Add Payment Gateway.
install billplz payment gateway
  • Lepas dah install, pergi ke bahagian Setting Shopify, dan terus ke Payment provider
  • Pilih Alternative Payment dan pilih Billplz.
Alternative Payment
  • Pergi semula ke dashboard setting Billplz, di bahagian Shopify Integration, dan copy Shopify Key,
  • Dan paste dalam ruangan yang disediakan dalam Shopify tadi.
shopify integration
  • Untuk Collection ID, anda perlu create dulu collection dalam Billplz
billplz create collection id
  • Lepas dah create, copy Collection ID tersebut dan,
  • Pastekan diruangan disediakan dalam Shopify tadi.
billplz credential
  • Lepas tu klik Save. Siap!

Itu sahaja. Sekarang kedai anda dah boleh terima bayaran dari pelanggan anda.

Langkah 8 : Setup Shipping Rate

Kalau dah namanya jual online, mesti anda ada gunakan courier dan pos kan?

So, anda perlu setup Shipping Rate siap-siap dalam kedai Shopify anda supaya memudahkan anda untuk kira sekali harga pembelian termasuk shipping (pos) dalam setiap tempahan produk yang dibuat oleh pelanggan.

Shipping Rate ni agak kompleks, lagi-lagi kalau anda ada banyak produk. Sebab ada banyak faktor yang menentukan harga pos/ shipping sesuatu produk.

Jadi anda perlu ada jadual kos pos dari syarikat penghantaran yang anda pilih.

Kalau anda malas macam saya, saya terus masukkan kos pos itu dalam harga produk siap-siap.

Sebab senang saya boleh setup terus FREE SHIPPING untuk semua produk.

Cara nak buat free shipping senang. Ikut langkah dibawah:

  • Pergi ke Shopify Setting
  • Pilih Shipping
  • Di ruangan Shipping Zone, anda pilih Domestic (Malaysia). Klik edit.
shipping rate malaysia
  • Pergi ke bahagian Weight Based Rates.
  • By default Shopify memang dah set satu rate untuk anda. Anda klik edit.
Weight Based Rates
  • Diruangan seterusnya, pergi ke bahagian Rate, dan Tick Free Shipping.

Klik Done. Siap!

Sekarang setiap pelanggan akan terima Free Shipping dari anda secara automatik.

Langkah 9 : Buat Policy Page Kedai Shopify Anda

Untuk buatkan kedai anda nampak ‘legit’ dan tak nampak macam scammer, anda perlu setup policy page untuk kedai Shopify anda.

Policy page ini juga penting jika anda ingin buat pengiklanan menggunakan platform berbayar seperti Facebook Ads dan Google Ads.

Dan sesetengah payment provider akan banned akaun payment gateway anda jika anda tidak paparkan policy website anda dengan jelas.

Macam mana nak create? Senang.

  • Pergi ke bahagian setting dashboard Shopify anda.
  • Pilih option Legal
  • Dalam paparan seterusnya anda akan nampak ruangan ruangan kosong untuk anda tulis policy kedai anda. Tak perlu tulis.. Anda klik Create From Template.
shopify policy pages 1
  • Shopify akan tulis siap-siap untuk anda. Anda perlu double check dan edit mana yang berkenaan untuk anda.
  • Create semuanya siap-siap.
  • Klik save. Siap!

Nota : Untuk shipping policy anda perlu tulis sendiri. Boleh copy dan edit skrip saya dibawah.

Langkah 10 : ‘Buka’ Kedai Shopify Anda

Kalau anda perasan, kedai anda masih di’locked’. Maksudnya pelawat tak boleh view kedai Shopify anda sebab ada password.

So anda perlu ‘unlock’ supaya pelawat boleh mula masuk dan shopping.

Untuk unlock, anda perlu remove password kedai anda.

Caranya sangat mudah.

  • Dalam dashboard Shopify, pergi ke bahagian Sales Channel
  • Pilih Online Store.
  • Pilih Preferences
unlock password kedai shopify
  • Pergi ke bahagian Password Protection.
  • Untick Enable Password.
enable password shopify
  • Klik butang Save. Done!

Sekarang kedai anda dah bersedia untuk menerima pelawat dan pelanggan. Tahniah!

KESIMPULAN

Nampak tak betapa mudahnya nak buat satu website e-commerce yang professional guna Shopify.

Kalau anda jenis orang yang sangat value masa anda, saya sarankan guna platform tersebut. Sebab sebenarnya tak sampai 30 minit pun boleh siap.

Walaupun ada bayaran bulanan, tapi bagi saya sangat berbaloi dengan kemudahan yang diberikan.

Lagi satu, jangan anggap bayar kat Shopify untuk buat website e-commerce macam satu pembaziran.

Anggap saja anda bayar setiap bulan tu macam bayar duit sewa kedai. Cuma kedai anda kali ini adalah dalam bentuk digital dan jauh lebih murah dari sewa kedai yang betul.

Sekarang anda dah tahu cara untuk buat satu website e-commerce.

Apa lagi?
Terus mulakan sekarang!

Boleh faham ke penerangan saya dalam artikel ini?
Ada apa-apa nak tanya berkenaan cara buat website e-commerce?

Drop soalan dan komen anda diruangan komen dibawah. Saya akan baca dan reply semuanya.