Soffie Roslan

Honest Reviews & Training

[Review] Ejen Viral oleh Puan Adilah Ibrahim, Syahrul Johor dan Abdul Halim

digital marketing, search engine optimization, marketing

Kebetulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, ramai Internet Marketer keluarkan panduan berbentuk ebook mahupun video bagi membantu usahawan meneruskan kelansungan perniagaan berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara tercinta kita ini.

Terdapat beberapa panduan yang menarik minat saya dan salah satunya adalah Panduan Ejen Viral oleh Puan Adilah Ibrahim, Tuan Syahrul Johor dan Tuan Abdul Halim

Memandangkan saya membeli panduan ini, jadi saya akan buat Review ini secara jujur dan tanpa berat sebelah (Mat Saleh kata not biased 😂)

Kali terakhir saya membuat review adalah tentang Review Panduan Borong Jepun dan juga Review Panduan Japan Method.

Prinsip saya mudah sahaja, tak semua produk sesuai untuk semua orang. Oleh sebab itu, saya suka beri “inside information” supaya pembaca blog dan subscriber emel saya boleh buat “informed decision” dan tahu apa yang bakal anda dapat dari pembelian.

Okay, menariknya selepas saya meneliti panduan ini, terdapat persamaan dengan panduan yang pernah viral sebelum ini iaitu Panduan Database King.

Boleh saya ringkaskan begini.

Menggunakan teknik sharing dan viral post

Automasikan Facebook Page dengan sistem messenger

Okay, nak tahu kali ni apa yang nak disampaikan oleh 3 orang otai affiliater dalam Panduan Ejen Viral nya?

Jom teruskan bacaan.

Nama Produk : Ejen Viral

Niche Produk : Panduan Jana Pendapatan Dengan Affiliate

Jenis Produk : Digital Ebook + Video

Pemilik Produk : Puan Adilah Ibrahim, Tuan Syahrul Johor dan Tuan Abdul Halim

Tarikh Pelancaran : 13hb April – 21hb Mei 2020

Status Produk : Pelancaran sedang bermula sehingga 21 Mei 2020.

Jaminan Pulangan Wang : Tertakluk kepada terma dan syarat

Group Support : Disediakan melalui channel telegram

Pakej & Harga : Terdapat 2 pakej iaitu Pakej Ebook dan Pakej Kelas Online. Harga Pakej Ebook ialah RM150 manakala Pakej Kelas Online berharga RM200.

Harga Selepas Pelancaran : Dari website, harga akan naik berdsarkan jumlah jualan. Harga sekarang (pada masa artikel ini ditulis) adalah seperti dinyatakan di atas

Diskaun : Jualan earlybird sudah tamat. Namun, khas bagi mereka yang serius nak dapatkan dari saya, saya ada BONUS bernilai RMxxx yang boleh bantu perniagaan anda

Jika serius nak, boleh PM saya di FB ya?

Apa Itu EJEN VIRAL?

PANDUAN EJEN VIRAL ni secara ringkasnyalah, ialah sebuah kursus lengkap berbentuk Ebook + video digital (baca & tonton online) dimana ia akan mengajar anda :

  1. Apa itu affiliate
  2. Cara cari dan pilih produk yang profitable
  3. Penggunaan funnel yang betul secara step by step
  4. Cara buat post viral yang boleh tarik perhatian audience dan boleh bawa banyak Like, Komen dan Share
  5. Cara bagaimana untuk kumpulkan semua database dalam satu kolam emas
  6. Strategi lonjakkan jualan affiliate
  7. Apa perlu di lakukan jika berdepan dengan masalah tertentu

Apa yang Akan Diajar Dalam Panduan Ejen Viral ?

Saya sudah mendapatkan akses penuh Panduan Ejen Viral. Jadi saya nak kongsikan beberapa topik yang diajar dalam panduan ini.

Di dalam Ejen Viral, terdapat 33 topik keseluruhannya untuk anda belajar.

Pembeli akan menerima link untuk masuk ke dalam sistem dan membaca ebook mahupun menonton video tutorial tersebut. Walaubagaimanapun, anda memerlukan username & password sebelum dapat membaca panduan ini.

Inside View Paparan Pembelajaran Ejen Viral

Inside View Paparan Pembelajaran Ejen Viral

1. PENGENALAN

Untuk permulaan, korang akan diajar tentang perkara-perkara asas yang berkaitan dengan Affiliate…Antaranya adalah :

  • Apa itu affiliate
  • Proses buat duit menerusi affiliate
  • Kelebihan bisnes affiliate

2) FASA KAJIAN DAN PEMILIHAN PRODUK

Seterusnya korang akan diajar cara-cara membuat kajian tentang beberapa perkara penting…Antaranya adalah :

  • Cara cari dan pilih produk yang profitable
  • Ciri-ciri pemilihan owner produk
  • Analisa tahap permintaan produk
  • Analisa golongan sasaran

3) PEMASARAN

Dalam fasa pemasaran, korang semua akan didedahkan dengan funnel yang penting untuk promote produk afffiliate.

Setiap funnel yang digunakan adalah proven dan telah membantu kami semua dapat jualan 5-6 angka dalam masa singkat sahaja.

Penggunaan setiap funnel diceritakan secara jelas dan step by step. Just duplicate sahaja.

4) FASA PERSEDIAAN AWAL

Ini adalah fasa terpenting dalam Ejen Viral, dalam fasa ini korang semua akan diasah dengan persediaan untuk :

  • Cara buat post viral yang boleh tarik perhatian audience dan boleh bawa banyak Like, Komen dan Share.
  • Cara untuk dapatkan trafik/leads yang banyak.
  • Cara pilih group pengiklanan yang convert.
  • Cara penggunaan caption dan cara selamat untuk share post ke group-group pengiklanan di Facebook
  • Cara untuk ‘auto’ kan bisnes affiliate korang supaya sambil bercuti pun still sale masuk menderu-deru.

5) KOLAM EMAS DAN CARA PENJAGAANNYA

Dalam bab penting ini, korang akan ditunjukkan :

  • Cara bagaimana untuk kumpulkan semua database dalam satu kolam emas.
  • Cara untuk jaga dan belai isi kolam supaya sentiasa boleh generate sale setip hari.
  • Korang akan dapat banyak teknik yang nampak simple tapi jadi power bila diolah ikut keperluan bisnes affiliate.

6) BOOST SALE

Dalam fasa boost sale, korang semua akan didedahkan dengan macam mana cara untuk melonjakkan jualan affiliate. Strategi yang diberikan adalah :

  • Mudah digunakan dan tak mengambil masa lama untuk buat
  • Cara untuk ke depan satu langkah dari pesaing
  • Cara untuk lajukan pengumpulan lead/trafik

Setiap kaedah yang diberikan senang diapply.

7) TUNING AND MONITORING

Dalam fasa terakhir ini, korang semua diberi penerangan tentang sebarang kemungkinan tindakan yang perlu dilakukan untuk sesuatu situasi contohnya :

  • Apa perlu di lakukan jika berdepan dengan masalah tertentu
  • Apa yang perlu diperbetulkan jika result untuk sesuatu step tidak seperti yang diharapkan.

Apa Beza Pakej Ebook & Pakej Video?

Adakalanya ebook sahaja tak cukup.

So atas sebab itu team Ejen Viral turut adakan satu pakej tambahan (optional) iaitu ebook dan juga kelas online

Ejen Viral Thumbnail new

Rata-rata peserta kelas online berpuas hati sebab dapat belajar banyak teknik-teknik advance secara live…Lagi senang faham sebab nampak depan mata!

Testimoni 1

Play Video

Testimoni 2

Play Video

Testimoni 3

Play Video

Apa Pro & Cons Panduan Ini?

PRO

✅ Tutorial lengkap step-by-step, from scratch hingga habis.
✅ Sangat-sangat newbie friendly.
✅ Penerangan yang jelas & mudah difahami
✅ Dapat belajar bagaimana membina funnel tanpa perlu mengupah orang lain.
✅ Dapat belajar teknik viralkan post dari basic hingga advanced
✅ Navigation & Flow pembelajaran yang cantik, malah menggunakan Premium Membership Sites
✅ Support group telegram

CONS

❌ Sebenarnya, untuk berkecimpung dalam dunia affiliate ni tidaklah semudah yang disangka. Sebab sangat banyak perkara teknikal yang anda perlu teliti dan kuasai. Tidak hairanlah diluar sana ada affiliater yang upah untuk membina funnel mencecah sehingga ribuan ringgit. Itu tidak termasuk lagi dengan pengiklanan adsense bagi menjana pendapatan.

❌ Pemasaran / Marketing utama ialah post di Facebook Page yang memerlukan sokongan dari orang ramai untuk like, share dan comment. Benar ianya tidak memerlukan sebarang modal, tetapi memerlukan masa bagi mengkaji funnel, teknik dan cara yang berkesan lebih2 lagi pada copywriting dan gambar.

❌ Anda perlukan wifi untuk tonton habis beberapa video yang disediakan. Pastikan kuota internet anda mencukupi.

KESIMPULAN

Walaupun ada beberapa kelemahan, namun bagi saya ia agak “minor” dibandingkan dengan banyak kelebihan Panduan Ejen Viral ini.

Ianya Panduan Eksklusif yang perlukan KOMITMEN TINGGI untuk habiskan panduan tersebut dan “BUAT SAMPAI JADI”, sampai anda balik modal & jana RM 5-6 angka.

Saya percaya jika anda follow betul-betul Strategi & Teknik yang diajar dalam Panduan Ejen Viral ni, orang yang baru nak belajar pun boleh buat. InshaAllah.

Dan anda kena “treat” ini sebagai “membina bisnes” dengan serius.

Ada beza buat duit dengan bina bisnes. Panduan Ejen Viral ialah bina bisnes.

Dan juga ada kena ada minda & mindset Usahawan, bukan setakat peniaga biasa.

Usahawan bermindset SPEND, not saving. Anda spend laburkan duit untuk marketing, untuk dapatkan ROI (return of investment) yang positif.

Jika anda dapatkan Ejen Viral, tapi tidak ada masa untuk ulangkaji panduan ini atau anda tak sedia nak menjadi usahawan yang membina bisnes, panduan ini belum lagi sesuai untuk anda.

Kerana kedai yang anda bina, tanpa traffic, ianya tidak akan mendatangkan sebarang income untuk anda.

Jika anda rasa anda layak, saya akan bantu anda untuk “go further” dengan ilmu-ilmu yang melengkapkan “pembinaan bisnes affiliate anda”.

Dapatkan Panduan Ejen Viral dari link saya, dan saya berikan bonus mega yang akan memudahkan & bantu anda untuk “go beyond the limit”.

Bonus Mega Dari Saya

Bonus Bernilai USD47 - Software Video Dashboard

ejen viral bonus video dashboard

SOFTWARE CLOUDBASE UNTUK BUAT VIDEO DAN BANTU POST VIDEO ANDA DALAM 11 SOCIAL MEDIA & VIDEO HOSTING BERIKUT:

✅ Facebook
✅ Youtube
✅ Twitter
✅ Vimeo
✅ Dailymotion
✅ LinkedIn
✅ Instagram
✅ Tiktok
✅ Medium
✅ Reddit
✅ Pinterest

Software ini ada function design sendiri video guna template yg ada ataupun anda upload sendiri video anda buat pakai software lain.

Lepas tu, set je bila video tu akan dipost dalam 11 platform tu.

Dia offer unlimited video storage, jadi video tu anda boleh post berulang2

Bagaimana Cara Nak Dapatkan Bonus-Bonus Ini ?

Berminat nak dapatkan Panduan Ejen Viral?

Jika dapatkan dari link saya,saya berikan Bonus mega ini yang bukan sahaja sangat bernilai, malah membantu untuk anda betul-betul sukses dalam bisnes affiliate yang anda hendak bina ini.

Klik gambar button merah di bawah ini untuk buat pembelian

Apa pandangan anda dengan panduan ini dan review saya?

Kongsikan dengan kami dengan tulis komen di bawah!