Soffie Roslan

Honest Reviews & Training

[Review] Panduan Borong Jepun oleh Tuan Muhammad Hafis

panduan borong jepun cover

Ini ialah Review Panduan Borong Jepun dari saya untuk sebuah panduan tutorial cara beli barang dari Jepun oleh Tuan Muhammad Hafis & Tuan Iffat Salleh. Secara ringkasnya BORONG JEPUN akan ajar bagaimana membeli ataupun memborong barang-barang dari Jepun dengan langkah dan teknik betul yang boleh menjana duit jika dijual melalui platform media sosial.

Nama Produk : Borong Jepun

Niche Produk : Panduan beli barang dari Jepun.

Jenis Produk : Digital – ebook bersiri berjumlah 7 siri – ada updates new ebooks occasionally (baca online atau download)

Pemilik Produk : Muhammad Hafis

Tarikh Pelancaran : 29hb Julai – 9hb Ogos 2019

Status Produk : Pelancaran sedang bermula sehingga 9hb Ogos 2019.

Jaminan Pulangan Wang : Tiada.

Group Support : Disediakan walau hanya membeli pakej basic.

Pakej & Harga : Borong Jepun terdapat 2 pakej iaitu Pakej Basic dan Pakej Pro. Harga Pelancaran untuk Borong Jepun ialah RM65 manakala Borong Jepun Pro berharga RM160.

Harga Selepas Pelancaran : Belum Dimaklumkan

Diskaun : Jualan earlybird sudah tamat. Namun, khas bagi mereka yang serius nak dapatkan dari saya, saya ada BONUS bernilai RMxxx yang boleh bantu perniagaan anda.

Jika serius nak, boleh PM saya di FB ya?

Overview Borong Jepun

Dah lama saya tak buat review sebab blog saya kena hack kira-kira 6-7 bulan yang lalu. Cuma kali ini saya berbesar hati untuk review produk dari kawan IM saya sendiri, iaitu Tuan Iffat Salleh.

Walaupun beliau ialah rakan saya, namun saya berusaha agar setiap review yang saya buat tetap lurus dan jujur tanpa bias kepada mana-mana pihak.

Malah saya juga ada kritikan-kritikan penambahbaikan untuk panduan ini.

Apa Itu Borong Jepun?

Borong Jepun ni secara ringkasnyalah, ialah sebuah kursus lengkap berbentuk ebook (baca online atau download) dimana ia akan mengajar anda step by step bagaimana nak beli ataupun borong barangan dari negara Jepun.

Apa yang Akan Diajar Dalam Panduan Borong Jepun?

Saya sudah mendapatkan akses penuh Panduan Borong Jepun versi PRO. Jadi saya nak kongsikan beberapa topik yang diajar dalam panduan Borong Jepun.

Di dalam Borong Jepun Basic, terdapat 5 modul keseluruhannya untuk anda belajar. Manakala bagi versi Pro terdapat 11.

Ini adalah contoh halaman untuk anda download nanti.

panduan borong jepun paparan download
panduan borong jepun Step By Step Buka Akaun Membeli Produk Jepun Secara Online

Modul 1: Step By Step Buka Akaun & Membeli Produk Jepun Secara Online

Anda akan belajar cara buka akaun step by step, kemudian setting akaun anda, setup payment method dan proses pembelian produk dari awal hingga akhir.

Hanya dengan 1 buku ini sahaja, anda sudah boleh mula membuat pembelian produk pertama dari Jepun!

panduan borong jepun Cara Pilih Supplier

Modul 2: Cara Pilih Supplier / Penjual Yang Trusted & Pantas

Anda akan belajar cara paling mudah untuk kenalpasti supplier yang trusted & memberikan respon pantas.

Malah anda boleh cari supplier yang akan buat penghantaran barang dengan kadar segera.

Ebook #2 ini akan bantu anda membeli dengan tenang tanpa risau ditipu oleh penjual.

panduan borong jepun Cara Buat Kiraan Harga Barang & Kos Penghantaran Ke Malaysia

Modul 3: Cara Buat Kiraan Harga Barang & Kos Penghantaran Ke Malaysia

Anda akan belajar cara untuk buat kira-kira harga barangan yang anda akan beli berserta kos penghantaran dan caj tersembunyi yang lain.

Ebook #3 ni akan bantu anda membeli produk Jepun dengan harga yang berbaloi dan elakkan anda mengalami kerugian akibat salah kira postage & service fee.

panduan borong jepun Cara Dapatkan Kupon & Gunakan Di Platform

Modul 4: Cara Dapatkan Kupon & Gunakan Di Platform

Paling best di platform ni ialah sentiasa ada kupon diskaun. Hampir setiap minggu akan ada kupon, claim anytime dan boleh guna untuk beli barang atau postage fee. Ebook ni akan tunjukkan cara untuk claim & gunakan kupon dalam pembelian anda nanti.

panduan borong jepun Cara Request Refund

Modul 5: Cara Request Refund

Ini jarang berlaku dalam platform, tetapi andai berlaku, anda akan tahu apa perlu dibuat. Wang anda takkan hilang, lepas ikut cara ni boleh dapat semula wang anda sepenuhnya. Ebook ni akan bantu anda elak kerugian jika seller tak jujur.

Apa Beza Pakej Basic & Pakej Pro?

Di dalam Panduan Borong Jepun, terdapat 2 pakej yang anda boleh pilih iaitu pakej Basic dan Pakej Pro. Namun selepas tamat pelancaran, belum dimuktamadkan lagi harganya. Tetapi, harga panduan sama ada versi basic atau pro ini akan naik harga sebanyak RM10.00 setiap 3 hari.

Versi Basic (RM65.00)

✅ Step buka akaun & cara beli produk dari Jepun
✅ Cara pilih supplier trusted dari Jepun
✅ Cara buat kiraan harga barang & kos shipping
✅ Cara Dapatkan Kupon & Gunakan Di Platform
✅ Cara Request Refund
✅ Group support FB

Versi Pro (RM160.00)

✅ Step buka akaun & cara beli produk dari Jepun
✅ Cara pilih supplier trusted dari Jepun
✅ Cara buat kiraan harga barang & kos shipping
✅ Strategi mudah lepas kastam
✅ Strategi spy produk hot untuk market Malaysia
✅ Strategi Pre-order barang Jepun
✅ Cara jana income dengan barang Jepun
✅ Cara Dapatkan Kupon & Gunakan Di Platform
✅ Cara Request Refund
✅ Bonus : Senarai supplier trusted & trick rahsia beli barang
✅ Group support FB

Apa Pro & Cons Panduan Ini?

PRO

  • 1 platform lubuk yang complete dengan pelbagai jenis barangan dijual lebih-lebih lagi barangan “RARE”
  • Tiada penggunaan orang tengah. Jadi anda boleh melakukan pembelian barang tanpa perlu membayar tambahan upah. Anda akan menerima email dari mula proses pembelian barang hinggalah proses shipping
  • Navigation & Flow pembelajaran yang cantik, malah menggunakan gambar bagi setiap penerangan.
  • Support group yang aktif dan supportive – jika ada soalan apa-apa tanya sahaja di group

CONS

  • Terdapat beberapa perkara teknikal yang anda perlu teliti dan kuasai contohnya daftar akaun website, link kan kad kredit/debit atau paypal dengan akaun anda dan lain-lain.

  • Sistem pembidaan (bidding) digunakan jadi proses mendapatkan barang tersebut mengambil masa. Walaubagaimanapun, dalam panduan ini ada diajarkan bagaimana anda nak beli terus barang yang anda ingini tanpa melalui proses pembidaan (bidding)
  • Terdapat 2 pakej iaitu Basic & Pro. Pada pengamatan saya, 1 pakej penuh sahaja dah cantik. Jadi pembeli panduan ini tidak perlu upgrade dari pakej Basic ke pakej Pro.

KESIMPULAN

Panduan Borong Jepun ini bukan panduan buat duit online yang biasa anda dapatkan sebelum ini.

Walaupun ada beberapa kelemahan, namun bagi saya ia agak “minor” dibandingkan dengan banyak kelebihan,

Malah anda akan dapat lebih “VALUE” jika anda dapatkan sekali Pakej Pro. Ianya saling melengkapi satu sama lain.

Tepuk dada tanya poket anda 😉

Jika anda rasa anda layak, Tuan Hafis & Tuan Iffat akan bantu anda untuk “go further” dengan ilmu-ilmu yang melengkapkan “pembinaan bisnes beli barang dari Jepun anda”.

Dapatkan Panduan Borong Jepun dari link saya, dan saya berikan 2 bonus mega yang akan memudahkan & bantu anda untuk “go beyond the limit”.

Klik Button di bawah untuk tahu lebih lanjut bagaimana ia dapat bantu anda.