Soffie Roslan

Honest Reviews & Training

[Review] Panduan Japan Method oleh Tuan Hafizi Zain

japan method cover

Kebetulan dalam tempoh 1 minggu ni, ada keluar dua berkaitan beli borong barang dari Jepun oleh dua Sifu iaitu Panduan Borong Jepun oleh Tuan Muhammad Hafis dan yang kedua ialah Panduan Japan Method oleh Tuan Hafizi Zain.

Memandangkan saya membeli kedua-dua panduan ini, jadi saya akan buat Review bagi kedua-dua panduan ini secara jujur dan tanpa berat sebelah (Mat Saleh kata not biased 😂)

Saya telah buat Review Borong Jepun dan kali ni pula ialah Review Japan Method.

Prinsip saya mudah sahaja, tak semua produk sesuai untuk semua orang. Oleh sebab itu, saya suka beri “inside information” supaya pembaca blog dan subscriber emel saya boleh buat “informed decision” dan tahu apa yang bakal anda dapat dari pembelian.

Okay, menariknya selepas saya meneliti kedua-dua panduan, dua-dua Sifu ini mempunyai dua mazhab berbeza.

Boleh saya ringkaskan begini.

Mazhab Beli Direct Daripada Penjual di platform yang disediakan.

Sifu Muhammad Hafis

Mazhab Menggunakan Orang Tengah atau dipanggil sebagai “Logistic Partner”

Sifu Hafizi Zain

Okay, nak tahu kali ni apa yang nak disampaikan oleh Tuan Hafizi Zain dalam Panduan Japan Method nya?

Jom teruskan bacaan.

Nama Produk : Japan Method

Niche Produk : Panduan beli barang dari Jepun.

Jenis Produk : Digital Ebook

Pemilik Produk : Hafizi Zain

Tarikh Pelancaran : 1hb Ogos – 31hb Ogos 2019

Status Produk : Pelancaran sedang bermula sehingga 31 Ogos 2019.

Jaminan Pulangan Wang : Tiada

Group Support : Disediakan melalui channel telegram

Pakej & Harga : Japan Method ada 1 pakej sahaja. Harga Pelancaran untuk Japan Method ialah RM99

Harga Selepas Pelancaran : Dari website, harga akan naik berdsarkan jumlah jualan. Harga sekarang (pada masa artikel ini ditulis) adalah RM119

Diskaun : Jualan earlybird sudah tamat. Namun, khas bagi mereka yang serius nak dapatkan dari saya, saya ada BONUS bernilai RMxxx yang boleh bantu perniagaan anda

Jika serius nak, boleh PM saya di FB ya?

Overview Japan Method?

Saya amat berbesar hati untuk review produk dari salah seorang mentor saya sendiri, iaitu Tuan Hafizi Zain.

Walaupun beliau ialah guru online marketing saya, namun saya berusaha agar setiap review yang saya buat tetap lurus dan jujur tanpa bias kepada mana-mana pihak.

Malah saya juga ada kritikan-kritikan penambahbaikan untuk panduan ini.

Apa Itu Japan Method?

Menurut Tuan Hafizi, Japan Method adalah merujuk kepada ‘branding’ ebook beliau ini.

Japan Method adalah merujuk kepada TEKNIK YANG PALING MUDAH untuk anda buat tempahan barang dari Jepun secara online.

Apa yang Akan Diajar Dalam Japan Method ?

Saya sudah mendapatkan akses penuh Panduan Japan Method. Jadi saya nak kongsikan beberapa topik yang diajar dalam panduan ini.

Di dalam Japan Method, terdapat 11 topik keseluruhannya untuk anda belajar. Selain itu, pembeli juga akan menerima 2 bonus tambahan tetapi bersyarat.

Pembeli akan menerima link untuk download dan membaca ebook tersebut. Walaubagaimanapun, anda memerlukan password sebelum dapat membaca panduan ini.

japan method paparan download
japan method

Topik #1 - Apa itu Japan Method?

Modul satu ini, lebih kepada sesi memanas badan dengan sedikit penerangan tujuan Japan Method dilancarkan.

Topik #2 - Kenapa Memilih Produk Jepun?

Modul kedua pula adalah perkara asas bagi perbezaan antara produk dari Jepun dengan produk dari China.

Penerangan diberikan dalam bentuk carta perbezaan apabila anda membeli barang dari kedua-dua negara

japan method

Topik #3 - Senarai Produk HOT dari Jepun

Dalam Japan Method ini, anda akan jumpa beribu-ribu produk yang bermacam-macam kategori. Jadi di dalam topik ini, anda diberikan 11 contoh barang-barang yang menjadi kebiasaan dibawa masuk oleh usahawan di malaysia.

japan method

Topik #4 - Flow Tempahan Cara JapanMethod

Sesi penerangan ringkas flow bagaimana anda mahu melakukan tempahan barangan dari Jepun. Di sinilah “Logistic Partner” atau orang tengah memainkan peranan membantu anda mendapatkan harga barangan termasuk dengankos shipping Selain itu, “Logistic Partner” ini juga akan urusan pos barang sehingga sampai depan pintu rumah anda

japan method

Topik #5 - Senarai 3 LUBUK Produk dari Jepun.

Tuan Hafizi Zain dedahkan 3 lubuk produk dari Jepun sama ada “New” item, ataupun barangan “Preloved

japan method

Topik #6 - STEP BY STEP Cara Mencari Produk HOT

Dalam modul ini anda ditunjukkan cara mencari barang produk melalui salah satu dari 3 lubuk yang didedahkan.

Setiap penerangan disertakan sekali dengan gambar bagi memudahkan pemahaman anda tentang step yang perlu dilakukan apabila anda membuat carian barang-barang yang diingini.

japan method

Topik #7 - STEP BY STEP Cara Buat Tempahan dan Pembayaran

Sekali lagi watak “Logistic Partner” memainkan peranan menguruskan tempahan anda. Menurut Tuan Hafizi Zain, orang tengah ini adalah rakyat Malaysia yang menetap di Jepun lebih dari 5 tahun.

Mereka ada team yang menguruskan segala parcel-parcel khas untuk orang Malaysia yang membuat tempahan dari Japan ke Malaysia.

japan method

Topik #8 - Cara Nak Kira Kos Barang dan Kos Penghantaran.

Sekali lagi watak “Logistic Partner” memainkan peranan menguruskan tempahan anda. Menurut Tuan Hafizi Zain, orang tengah ini adalah rakyat Malaysia yang menetap di Jepun lebih dari 5 tahun.

Mereka ada team yang menguruskan segala parcel-parcel khas untuk orang Malaysia yang membuat tempahan dari Japan ke Malaysia.

japan method

Bagi setiap pembelian, anda diberikan 2 bonus iaitu:

BONUS 1: Cara Order Barang dari Jepun TANPA MODAL.

BONUS 2: Cara Nak Marketkan Produk Jepun Secara ONLINE

Untuk mereka yang memang sudah tahu teknik beli barang dari Jepun ni, anda mungkin sudah tahu banyak benda dan akan rasa bosan. Jadi anda tidak perlu beli panduan ni.

Namun untuk mereka yang first time dengar tentang beli barang dari Jepun, dan tak pernah lagi membeli dari sana, panduan ebook ini sangat berbaloi & sangat membantu anda memahami rahsia disebaliknya, dan dalam masa yang sama anda turut serta buat duit.

Apa Pro & Cons Panduan Ini?

PRO

  • Ada 3 lubuk yang akan didedahkan. Bukan satu.
  • Tidak perlukan kemahiran teknikal contohnya membuka akaun website mahupun menyambung akaun paypal/kad kredit/debit kad dengan sistem.
  • Penyampaian yang jelas dan mudah faham walaupun anda first time nak beli barang dari Jepun.
  • Support group yang aktif dan supportive – jika ada soalan apa-apa tanya sahaja di group
  •  

CONS

  • Penggunaan orang tengah (Logistic Partner) – Walaupun berlainan panggilan, tapi konsepnya sama seperti Panduan China Method. Kelemahan ketara yang saya lihat di sini adalah kadang-kadang response yang agak lambat. Bagaimanapun, saya faham. mereka juga adalah manusia. Maybe Tuan Hafizi Zain dan “Logistic Partner” beliau sudah mempunyai perancangan bagi menangani masalah ini pada masa akan datang lebih-lebih lagi bila ramai yang membeli panduan Japan Method.
  • Proses untuk membeli barang agak leceh, bermula dari cari produk, pertanyaan tentang harga produk, transfer wang pembelian sehinggalah proses penghantaran yang mana memerlukan khidmat “Logistic Partner”
KESIMPULAN

Walaupun ada beberapa kelemahan, namun bagi saya ia agak “minor” dibandingkan dengan banyak kelebihan,

Lain guru lain mazhabnya. Buat cara ini jadi, buat cara itu jadi.

Saya percaya jika anda follow betul-betul Strategi & Teknik yang diajar dalam Panduan Japan Method ni, orang yang baru nak belajar pun boleh buat. InshaAllah.

Jika anda rasa anda mahu dapatkan panduan ni, Tuan Hafizi Zain akan bantu anda untuk “go further” dengan ilmu-ilmu yang melengkapkan “pembinaan bisnes beli barang dari Jepun ni”.

Dapatkan Panduan Japan Method dari link saya, dan saya berikan 2 bonus mega yang akan memudahkan & bantu anda untuk “go beyond the limit”.

Klik Button di bawah untuk tahu lebih lanjut bagaimana ia dapat bantu anda.